INFO

LOGO

 

PENGENALAN

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Ia bukan sekadar berperanan sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata malah ia berfungsi sebagai pusat aktiviti keilmuan dan pembinaan sahsiah warga sekolah.  Hal ini adalah dalam usaha melahirkan insan rabbani yang syumul  dan  memahami serta menghayati ajaran Islam yang sebenar
Sehubungan itu, surau Al-Tolibin  SMK Seri Jengka telah melakukan satu anjakan paradigma dengan menaiktaraf insfrastruktur  dan kemudahan surau serta menyusun pelbagai program dan aktiviti selaras dengan visi, misi dan objektif surau Al-Tolibin  Hal ini bagi memastikan kecemerlangan pelajar dari aspek kerohanian, sahsiah dan intelektual. Pelbagai aktiviti kerohanian dan program keilmuan seperti program membudayakan Al-Quran, solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan sebagainya dilaksanakan di surau bagi mengimarahkan fungsi surau.



LATAR BELAKANG

Surau Al-Tolibin  SMK Seri Jengka telah ditubuhkan pada tahun 1991 serentak dengan penubuhan SMK Seri Jengka yang pada dulunya terletak bersebelahan bangunan Vokasional dan Teknik. Oleh sebab keluasannya yang terhad, maka ia tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Atas dasar itu pihak pengurusan SMK Seri Jengka  telah membuat keputusan untuk menukarkan status dewan makan yang berkeluasan 4,800 kaki persegi menjadi surau sebaik sahaja dewan makan baharu siap dibina pada tahun 2010. Alhamdulillah pada  29 April 2016 bersamaan  21 Rejab 1437 surau Al-Tolibin telah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Agama Islam Pahang  dengan no pendaftaran PIDM PHG. 12/0034. Sehubungan itu, perpindahan ini wajar dilakukan agar pelajar serta guru dapat mengerjakan ibadah serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang turut dijalankan di Surau Al-Tolibin  ini. Dengan kewujudan surau yang kondusif ini, pihak sekolah berharap agar dapat menyumbang kepada perlaksanaan visi dan misi surau, sekolah, serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

VISI

Surau Al-Tolibin  sebagai pusat melahirkan Insan Rabbani yang syumul dalam semua aspek kehidupan

MISI

Melaksanakan sistem pengurusan surau yang efisyen dan mewujudkan persekitaran surau yang kondusif  serta memantapkan ilmudan sahsiah para pelajar melaluiaktiviti kerohanian, pengajaran dan pembelajaran, ko akademik dan kokurikulum yang dijalankan di surau.


 OBJEKTIF

1. Meluaskan konsep pengimarahan surau sebagai tempat penyebaran dan
    kecemerlangan ilmu serta pembentukan sahsiah muslim.

2. Mendidik para pelajar supaya cintakan surau, memuliakannya dan sentiasa
    mengimarahkannya.

3.  Menjadikan surau sebagai tempat kerohanian, intelektual dan pengukuh silaturrahim.


 PIAGAM PELANGGAN

1. Pengurusan  surau yang   efisyen dan efektif  serta  mesra pengguna dalam setiap 
    aktiviti yang dijalankan.

2. Surau mithali yang menekankan aspek spritual, intelektual dan tasawwuf   dalam
    pembinaan modal insan yang syumul.

3. Memastikan setiap pelajar memperolehi ajaran Islam yang sempurna sama ada
    dari segi ilmu dan praktikal.

4. Menyediakan kemudahan dan prasana   yang  kondusif  kepada para guru dan pelajar
    untuk melaksanakan ibadah dan menjalankan  aktiviti  ilmiah  pada masa yang sesuai.

5. Memberi penekanan yang sewajarnya terhadap aspek dan ciri- ciri keselamatan ketika 
    para pelajar berada di surau.

MOTTO
Surau SERI nadi pembentukan insan rabbani’

No comments:

Post a Comment

INOVASI FIZIKAL SURAU

antara inovasi fizikal di surau Al Tolibin  riadah berbasikal replika kaabah  kiosk sunnah meja info  ...