Monday, 10 July 2017

INOVASI FIZIKAL SURAU


antara inovasi fizikal di surau Al Tolibin 



riadah berbasikal



replika kaabah 


kiosk sunnah


meja info 


mini perpustakaan 


pancuran air



taman mini raudatus saadah


sambungan gambar replika kaabah di atas tadi, ini adalah carta aliran haji



refleksologi

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Al-Quran adalah kalamullah yang sebaiknya kita jadikan wirid harian.Jika para sahabat dapat mengkhatamkannya tiga hari sekali dan ada yang sehari sekali, malahan Saiyidina Osman dapat menghabiskan kalamullah itu hanya dalam solat tahajudnya sahaja. Allaahuakbar !!

Cubalah tanya diri kita, berapa kalikah kita telah mengkhatamkan al – Quran di sepanjang usia kita sekarang? Hadis-hadis nabi banyak menerangkan kelebihan khatam al-Quran. Diantaranya ialah, turunnya rahmat Allah dan para malaikat juga bersama berdoa pada sesiapa yang selesai membaca al-Quran lantas berdoa kehadrat Allah. Kesimpulannya, doa kita adalah lebih mudah diperkenankan Allah kerana kita berada di dua keadan yang amat berharga iaitu rahmat Allah dan doa para malaikat.

Keutamaan orang yang mengkhatam Al-Qur’an

Orang yang mengkhatam Al-qur’an memiliki banyak keutamaan, terutama apabila dibaca setiap saat dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Keutamaan membaca Al quran diantaranya yaitu;

1) Membaca al-qur’an dan Mengkatamkannya merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW:

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘Anhu, beliau mengatakan ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab: “Al-hal wal murtahal.” Orang ini bertanya lagi, “Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Yaitu yang membaca Al Quran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.” (HR. Tirmidzi)

2)  Akan menjadi syafaat bagi pembacanya di hari kiamat.

Dari Abu Amamah Radhiyallahu ‘Anhu, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhnya ia akan menjadi syafaat bagi para pembacanya di hari kiamat.” (HR. Muslim)

3) Mendapatkan predikat insan terbaik.

Dari Usman bin Affan Radhiyallah ‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Tirmidzi)

4)  Mendapatkan pahala akan bersama malaikat di akhirat

Dari Aisyah Radhiyallahu ‘Anhu,  ia berkata  bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca Al-Qur’an dan ia mahir membacanya, maka kelak ia akan bersama para malaikat yang mulia lagi taat kepada Allah.” (HR. Bukhari  dan Muslim)

5) Akan Mendapatkan pahala yang berlipat ganda

Dari Abdullah bin Mas’ud Radiyallahu’Anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan kebaikan itu dilipat gandakan dengan sepuluh kalinya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, akan tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf, dan Mim itu satu huruf.” (HR. At-Turmidzi)

6) Akan Mendapatkan dua pahala bagi yang belum lancar,  yaitu pahala membacanya dan pahala yang belum lancarnya dalam bacaanya.

“Dan orang yang membaca Al-Qur’an, sedang ia masih terbata-bata lagi berat dalam membacanya, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” (HR. Bukhari Muslim)


SEKITAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN YANG DIKETUAI OLEH USTAZ MUHAMMAD IDRIS BERSAMA PELAJAR-PELAJAR







WARNA WARNI AIDILFITRI SMK SERI JENGKA 2017

Sambutan Aidilfitri SMK Seri Jengka 2017 telah berlangsung pada 7 Julai 2017 lalu. Sempena majlis ini, sekolah berbesar hati menjemput tetamu istimewa iaitu bekas pengetua SMK Seri Jengka, Datin Seri Dato' Hajah Siti Fatimah binti Kassim. Pada majlis ini juga, beliau telah sudi melawat Surau Al-Tolibin. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau menghadirkan diri dan memberi sumbangan.


INOVASI FIZIKAL SURAU

antara inovasi fizikal di surau Al Tolibin  riadah berbasikal replika kaabah  kiosk sunnah meja info  ...