Tuesday, 14 February 2017

Pembangunan Surau At Tolibin SMK Seri Jengka

Surau Al Tolibin SMK Seri Jengka masih dalam keadaan renovation untuk keselesaan semua warga Seri. Tambahan pula surau Al Tolibin telah terpilih dalam pertandingan Surau Imarah Peringkat Negeri 2017. Semua warga seri sedang bertungkus lumus dalam menceriakan surau tersebut.





untuk makluman, asal bangunan surau ini adalah dewan makan asrama lama , sebab tu kalau dilihat gambar2 di atas ada nampak peti ais besar, peralatan2 memasak la.....so kat tempat2 memasak tu akan dialihkan bagi meluaskan dan membesarkan lagi keadaan surau agar lebih selesa dan kondusif.

Lawatan Wakil Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Maran ke Surau Al -Tolibin

Surau Al Tolibin SMK Seri Jengka telah terpilih menyertai pertandingan Surau Imarah Peringkat Negeri 2017. Pada bulan Oktober 2016, telah datang 2 orang wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Maran untuk melihat surau At Tholibin dalam Pertandingan Imarah Surau Peringkat Daerah, Dalam lawatan tersebut, banyak perkara yang dibincangkan bagi mengimarahkan aktiviti surau At Tholibin dalam pertandingan tersebut.

Antara aktiviti Surau Al Tolibin SMK Seri Jengka yang dilaksanakan mengikut takwim 2017. Pada 10 Februari 2017, Halaqah Puteri telah diadakan di surau Al Tolibin dan  GPK Pentadbiran iaitu Ustazah Monaliza Mohamed Yatim telah menyampaikan tazkirah selama 30 minit. Untuk makluman Halaqah Puteri akan dilaksanakan pada setiap Jumaat bermula jam 12.30 tgh sehingga 1.30 ptg dan hanya melibatkan pelajar-pelajar perempuan sahaja. Antara objektif Halaqah Puteri adalah untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat ilmu dan maklumat tentang isu-isu semasa serta disamping dapat merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan pelajar-pelajar. 



Selain itu, aktiviti lain seperti solat Zohor berjemaah bersama guru-guru dan pelajar-pelajar setiap hari dilaksanakan di surau At Tholibin tersebut. Rasionalnya ialah untuk pelajar-pelajar  mesti dilatih dan dibimbing menunaikan  tuntutan agama disamping mendisiplinkan mereka untuk untuk bersolat berjamaah dapat membiasakan diri mereka untuk merebut peluang bersolat jamaah dimana saja mereka berada.Bak kata perpatah melayu “ alah biasa tegal biasa”,permulaannya mungkin sukar,tapi lama kelamaan akan sebati dalam diri mereka apabila mendengar azan,adalah menjadi kemestian menyahut panggilan tersebut untuk melangkah kaki ke rumah Allah.

Selain itu dapat melahirkan generasi yang cintakan solat berjemaah. 

Mendirikan solat berjamaah dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, bahawa,Rasulullah SAW  pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah R.A : Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi SAW bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadis Riwayat  Al-Bukhari dan Muslim). 

Oleh yang demikian,Program Solat Zohor berjemaah dirancang sebagai satu daripada aktiviti harian Panitia Pendidikan Islam.Program ini amat perlu bagi menanam dalam diri pelajar akan kepentingan solat secara berjemaah.Lebih–lebih lagi solat berjemaah dewasa ini sangat tidak diambil berat oleh umat Islam. Justeru itu ,kami amat berharap agar program ini dapat merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh pihak sekolah kepada kami.







INOVASI FIZIKAL SURAU

antara inovasi fizikal di surau Al Tolibin  riadah berbasikal replika kaabah  kiosk sunnah meja info  ...