Meskipun terletak dalam sebuah kawasan agak terhad, namun laman haji di sekolah ini boleh diangkat sebagai sebuah destinasi menarik yang harus dikunjungi oleh sesiapa sahaja. Pihak sekolah bertungkus lumus memastikan pembinaan ini dapat dilaksanakan dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutama pelajar semasa mempelajari ibadah haji dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.